Monday, June 20, 2011

Cinta Maid #11 *LAST*

'Morning sayang..'

'Morning..'

'Kenapa ni sayang muram je.... fikir pasal semalam ke?'

'Ayah awak dah tahu yang kita dah kahwin...'

'Oh.. saya lupa nak beritahu awk.. ayah saya dah restu perkahwinan kita...cuma Riana je
yang ugut ayah saya. dia suruh ayah saya spy saya...kalau tak dia nak bunuh saya'

'Yeke..Alhamdullilah..'

Secara tiba-tiba Farah rebah, lalu pengsan...kemudian dia di bawa
ke hospital oleh Irfan.

Irfan menunggu dengan resah...10 minit kemudian, doktor keluar..

'Encik Irfan?'

'Ya saya..'

'Mari ikut saya masuk kedalam..'

'Tahniah, isteri anda hamil'

Mereka keluar dari bilik hospital tersebut.. Dua-duanya nampak bahagia..
Mereka berpelukkan..'Farah sayangkan abang..'
'Abang pun sayangkan abang...'

-TAMAT-

*Ending memang bosan.. takde idea sudah..*

-Miszpie-

Cinta Maid #10

'Cik....Riana...' kata Farah gementar

'Bukakk, pintu ni...buka!!'

'Tapi kenapa saya kena buka?'

'Kau nak aku gunakan cara kasar eh? Cepatlah buka...'

'Tapi....

'Cepatlah buka...kalau kau tak bukak.. aku akan upah orang suruh bunuh Irfan..'

'Ya..ya.. saya buka'

Setelah dibuka, Riana mengeluar pisau daripada poket seluarnya...
dan menacu kannya dileher Farah..

'Cik..cik nak buat apa dengan saya? saya buat salah apa dengan cik?'

'Buat salah apa dengan kau? Ehh... aku cintakan Irfanlah!'

'Cik buat mcm ni sebab cik nak kan Irfan?' tanya Farah dalam keadaan yang takut..

'HAHA...hahaha...' Secara tibatiba Riana ketawa jahat

Abang!...selamat farah...abg!....


Kemudian Riana, ingin menikam Farah dengan Pisau itu...

'Ahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' Jerit Farah...

'Berhenti Riana!' Jerit Irfan

'Abang!!' Farah lari menuju Irfan kemudian terus memeluknya..

Irfan maju ke hadapan Riana dan menamparnya...

'Ir...maafkan I... I tak sengaja buat ni semua... I cintakan you Ir....'

'I akan report polis.....

Tiba-tiba Farah menyampuk berbual dingin itu...

'Abang jangan..maafkanlah Cik Riana...'

'Betul cakap, Farah tu Ir.. maafkan I.. I janji I takkan buat benda macam tu lagi..'

'Kali ni, I maafkan you....lain kali....siap you....Berambus!'

Riana melangkah pergi...

'Riana wait...'

Riana menoleh kebelakang...

'Macam mana you tahu I dah kahwin? And macam mana you tahu I ada kat sini?'

Riana masih diam...

'You dengar tak?!'

'Ya..ya...Daddy you bagi tahu I...dia kan pemilik rumah ni...dia tahu apa saja
yang you buat...'

'Oh..Daddy I suruh you buat macam ni ke? Sampai nak bunuh Farah?'

'Tak...I yang nak buat.'

Okay...I harap you hilangkanlah perasan cinta terhadap I..Now you can go..'

Riana melangkah pergi dengan perasaan , yang sedih...
Kali ni, dia benar benar insaf...

'Sayang.. sayang tak apa-apakan?' Tanya Irfan risau... dan dia mencium dahi Farah

'Tak..' Farah masih trauma dgn kejadian tadi..Air matanya masih menitik..

'Janganlah nangis lagi...abg tak sukalah syg nangis-2 macam ni..nanti cepat tua tau..'
Selepas mendengar itu, Farah terus tersenyum..

-BERSAMBUNG

Sunday, June 19, 2011

Cinta Maid #9

----Setelah mereka, bermalam pertama...

kring..kring..
Bunyi deringan telefon Irfan pada jam4.00pg

'Sapa pulak ni...' Irfan terkejut apabila mendengar bunyi deringan telefon

Tertera nama Riana di skrin telefon tersebut..

Riana?! 


'hello...you nak apa telefon I pagi-pagi ni?' bisik Irfan

'I rindu kt you lah Ir...' kata Riana

'You demam apa ni?'

'Jomlah dtg rumah I..'

'Gila..' Irfan terus mematikan telefon nya..

'Sape tu?' Suara farah dr belakang..

'Err, Rieyna..'

'Apa dia nak pagi-pagi ni?'

'Taktahulah, dah gila agaknya kot..Jom sambung tidur.' sambil memeluk farah dr belakang

'Haa? Takdenye.. saya nak solat.. awk tu? solatlah..'

'Yelah...' ujar Irfan

---Pada waktu pagi---

'Awk, jom makan..' Farah mempelawa..

'Cepatnya masak...'

'Tengoklah siapa yang masak..'

'Yelahh, isteri abg yang cantik jelitakan?' Sambil, Irfan memegang pinggang Farah.

'Tau pun....Ehh, cepatlah makan.. nanti lambat nak pergi kerja!'

'Aik, garangnya...'

'Dah jadi isteri.. mesti lah kene tegas!' ujar Farah

Setelah selesai makan..

'Sayang, abg dah lewat ni.. nanti abg balik makan tengahari k?
Masak sedapsedap tau...' kata irfan.

'Orite...' sambil memegang tangan Irfan

'Bye...'

'Bye!'

telefon tertinggal..


tok..tok..


'Siapa tu? Mesti Irfan ni..'

'Abg....telefon............'

Farah terkejut....

BERSAMBUNG...



Cinta Maid #8

'Mr. Nazrim' kata lila

'Nazrim?'

'Hey, Irfan..' ujar Nazrim dr belakang.

'Ya Allah, Naz...kau apa khabar?'

'Alhamdullilah,kau?'

'Sihatwalafiat...'

Nazrim abdul kamal, adalah salah seorang kawan Irfan di luar negara dahulu.

'Err. Naz, please have a seat..'

'Thanks, Ir. Kau dah kahwin ke belum?'

'Belum.'

'Calon dah dapat ke?'

'Dah..tapi ada penghalang lah bro..'

'Siapa?'

'Do you still remember Riana right? Dialah...'

'Oh Really? Riana anak Tan Sri Mustapha tu ea?'

'Yeap! Dia kata kt ayah aku , kalau dia tak kahwin dgn aku..
ayah aku takkan dpt projek 2.5 juta yang tan sri mustapha buat tu..'

'Kenapa perempuan tu jahat sangat? By the way, sape calon kt kau tu? byk ke?'

'Aku pon tak tahu.. minggu depan aku kene melangsungkan perkahwinan
aku dgn Rieyna..oh calon aku..sorang jelah bro.. nama dia Farah..'

'Really? Minggu depan..cepatnya..'

'Tu lah... I Dont Have any idea rightnow..'

'Aku ada Idea..'

'Apa ideanya?'

---Dirumah Dato' Fadil---

'Aku terima nikahnya Nur Farah Aleeya bt Razali dgn mas kahwinnya rm1500 tunai'

Dengan satu lafaz , farah sah menjadi isteri Irfan.. ketika majlis pernikahan itu
dilakukkan Dato' Fadil, tidak berada dirumah...

'Thanks bro..'

'Haha, nama pun kawankan? ha.. selamat pengantin baru..'

'Farah..abg nak farah kemas barang-2..kita akan pindah rumah..'

'Pindah? Tapi kenapa? Macammna saya nakkasi duit kt mak tiri saya
kalau saya tak kerja?'

'Janganlah risau, syg..dia tu tak kerja ke? kesian isteri abg ni.. dah syg tk pyh da nak
tanggung dia..' kata irfan tegas

'Kalau dia marah? '

'Abangkan ada..'

'Terima kasih abg...'

-----Di rumah mereka------

'Besarnya rumah ni...tapi yang tinggalnya dua orang je...'

'Nanti kalau kita dah ada anak macam mana?'

'Ish, abg ni..fikir jauh aje...'

'Hehe...'

'Abg...nanti kalau ayah abg tahu yang kita dah kahwin mcm mne....
farah rasa bersalahlah...' rungut farah

'Ish, syg ni.. semuanya nak risau..gigit kang..' Irfan meletakkan kepalanya dibahu farah

BERSAMBUNGG

Cinta Maid #7

'Janganlah nak pura-pura lagi, Irfan..'

'Awak, apa awak cakap ni? Saya hanya cintakan awk sorang je tau..'

'Rieyna tu sapa? Awakkan nak kahwin dengan dia tak lama lagi.!' 

'syg, seriously saya tak tahu apa-2 pun... tiba-2 je si rieyna tu kata.. yang
dia nak kahwin dengan saya. by the way, she just my friend. ' kata Irfan.

kawan konon...bisik Farah.

'Yeke?' Tanya Farah...

'Yelah..' jawab Irfan..

'Maafkan saya tau..' kata irfan lembut

'Maafkan saya jugak..'

Mereka benar-benar saling mencintai...Tibatiba,

'Hoy, ohh ni eh kerja korang!'

'Papa...kita orang tak buat apa-2 lah..'

'Minggu depan.. Papa nak kamu dengan Rieyna berkahwin!'

'What?! Apa ni papa? Ir tak cintakan dia lah!!'

'So what the problem, kalau kamu tak cintakan dia...? Tolong jangan musnahkan
Projek 2.5 juta papa, dengan ayah Rieyna, Tan Sri Mustapha...!

'Oh.Disebabkan projek 2.5 juta papa yang takpenting tu... papa sanggup
nak suruh Ir, kahwin dengan Rieyna yang kaki botol tu ha?'

'Kamu tu apa kurangnya?'

'At Least, Ir tak pernah pun sentuh botol arak tu pon.. apatah lagi meminumnya!'

'Okay.. Papa nak tanya kamu.. kalau kamu tak cintakan Rieyna kamu cinta siapa ha?!
Farah?'

'Ya paa.... Irfan sayangkan Farah... Farah tak macam Rieyna... Ir rasa selesa apabila
Farah ada disisi Ir!'

'I Dont Care , about it. Papa just nak kamu kahwin dengan rieyna!'

Dato' Fadil, pergi begitu sahaja..

'Shit!' Bisik Irfan..

'Farah...kenapa nangis lagi ni?' ujar irfan

'Awak kahwin jelah dgn Rieyna tu Ir..Asalkan awak jgn derhaka pada
Ayah awak..' kata farah teresak-esak

'No. Saya hanya akan kahwin dengan wanita yang saya cintai..
Iaitu awk Farah...'

'Tapi , Ir....'

'takde tapi2.'

Irfan beredar dari bilik Farah.

Pada keesokkan harinya..

'Good Morning Mr. Irfan' kata Lila.

'Morning..'

'Tuan, tadi ada orang nak berjumpa dengan tuan..'

'Siapa?'

'Mr. Na.....

BERSAMBUNG

Saturday, June 18, 2011

Cinta Maid #6

'Farah!' Dia memanggil farah sebaik saja farah berlari ke biliknya...

'Ehh. Youu! Tengoklah muka I ni... Lagi pun I rindu kan you lah...' Riana berkata dengan manja.

'Nonsenselah semua ni..' Dia menolak Riana hingga jatuh.....

'Awak pergi balik sekarang!!!!!' Jerit Irfan...

'Berambuslah!' Jerit Irfan Marah...

'Hari ni, you buat I macam ni.. Kita akan berkahwin...Takpercayakan? Tanya
ayah you tu!'

Dia terus pergi ke bilik Farah...

aku dah tertipu! dia tak cinta kan aku.... Farah menangis.. sudah lama dia
tidak merasa, rasa kasih sayang daripada seseorang...

'Farah?'... Irfan masuk kedalam bilik farah...

Farah terus mengelap air matanya..

'Syg..jangan lah nangis..'

'Mana ada saya nangis' kata Farah pantas...

'Janganlah nak tipu saya...'

BERSAMBUNG..


Cinta Maid #5

'Saya...pun suka kt awak..' Farah menjawab..

Mereka berdua senyum gembira....

---Di rumah dato' Fadil---

'Hello? Hello...!'

Sebaik sahaja pintu rumah di buka...

'Eh, Riana...Buat apa kat sini?'

Riana adalah anak kepada kawan dato' fadil..dia juga suka dengan Irfan..
Riana suka pergi ke kelab malam setiap malam...

'Ir...ada tak , uncle?'

'Tak...dia daripada semalam tak balik..'

'Oh yeke...risau lah riena macam nii..!'

'Uncle pun risau...'

'Uncle taknak ajak Riena masuk rumah ke?'

'Oh ye tak ye jugak... masuk lah...'

'Uncle, Riena ada satu good news for youh...'

'Oh...good news? Well, cakaplah..'

'Papa, cakap.. dia nak share project 2.5 juta dia dengan uncle...
uncle nak?'

'Wow, of course lah...'

'Tapi ada satu SYARAT..'

'Apa dia?'

'Rieyna nak kahwin dengan Ir..'

Dato' Fadil terdiam...dan berkata

'Oh..orite, uncle akan uruskan semua tu..you dont need to worried'

Honkk, honk...
Bunyi horn kereta irfan...

Sebaik sahaja Irfan keluar dari kereta..

'Ohmygoodness, Ir!' Dia terus memeluk irfan..

'Hey, Rieyna... You tak sepatutnya buat benda macam tu depan ayah I!'

'Kisah apa I? Lagipun kita kan nak kahwin...'

'What!!?'

Farah sedang memerhatikan Irfan.. sebaik sahaja dia mendengar perkataan
Kahwin dia terus berlari masuk kedalam bilik..

Bersambung...

Cinta Maid #4

'Lila, please cancelkan semua meeting I hari ni..penting or tak penting ke...' kata irfan.

'Baiklah, tuan..' kata lila..

'Saya balik dulu.. by the way, kalau dato' cari saya kata saya keluar makan dengan kawan..'

'Okay, Tuan...'

macam anak raja.. tahu nak senang je kerja aku jugak yang susah.. lila berkata
dalam hati...

Sebaik saja sampai di rumah, Irfan lihat Farah sedang menyiram pokok bunga di
halaman depan...

Ponn...ponnn... -Bunyi horn kereta Irfan tanda untuk membuka pintu...

'Kejap ya, Tuan..'

Sebaik sahaja pintu di buka...

'Farah... awak pergi siap.. saya nak ajak awk pergi ke suatu tempat...'

Farah masih berdiam...

'Farah?..Farah?..'

'Ya..ya tuan..apa tuan cakap tadi?

'Awak ni, asyik termenung je dari pagi tadi... saya kata awk pergi lah siap-2 saya nak
ajak awk pergi ke suatu tempat...'

'Oh.. tapi..ke mana?'

'Awak siap lah dulu... pakai cantik-2 ye..'

'Baiklah tuan...'

err, dia ni nak ajak aku pergi mana ni..


Tujuan Irfan menbatalkan semua meetingnya hari ini kerana dia ingin membawa
Farah keluar makan...dia sudah jatuh cinta sepenuhnya kepada farah...

----Didalam keretaa----

'Tuan..tuan nak bawa saya pergi mana ni?'

'Awak ni.. tunggu je lah... saya tak culik awk pun lah...hehe'

Farah tersenyum.. itu kali pertama dia melihat farah senyum...

Sebaik sahaja sampai dihotel tempat untuk mereka makan itu...

'Haa... ni lah tempat nya...'

Farah berdiam...

Hotel? Dia nak apa-2 kan aku ke ni...laki ni mana boleh percaya sgt...


Irfan perasan muka farah berubah.. mukanya berubah menjadi takut...

'Awak.. muka awak tu macam takut je... kita datang sini untuk makan lah wak..'

'Oh..yeke...'

'Ye..kita masuk jomm..'

---Di cafe hotel itu---

'Awak, nak makan apa?'

'Err.. apa-2 je lah... saya tak kisah tuan..'

'Oh.. pulak, err. mulai dr skrg, awak tak payahlah panggil saya tuan..'

'Baiklah...'

Sebaik sahaja makan.. mereka terus masuk kedalam kereta... ketika,
Irfan sedang memandu.. kereta itu tiba-2 berhenti...di suatu tempat yang sunyi dan
gelap..

'Damnn.. kenapa kereta ni...!'

Farah berasa takut, dia takut  akan kegelapan... dia pernah di kurung oleh
Ibu tiri nya di dalam stor selama 4 hari...

'farah boleh, awk hulurkan saya lampu suluh yang ada kt bawah kerusi tu..'

Farah masih berdiam...dia menutup telinga dan matanya..air
matanya mula mengalir...

'Farah...awk kenapa..'

'........Tolong saya...saya takut!.....' farah teresak-esak berkata...

'Jangan takut ye Farah..saya ada.. saya dah telefon makenik tadi..dia kata
dia akan dtg.. tapi kita kene duduk hotel dulu...'

'Tapi macam mana kita nak pergi kt hotel td tuuu!'

'Jalan kakilah...'

Farah terkejut..

'Taknak...taknak...taknak...taknak....!'

'Farah! Awak kene ikut...'

'..........'

'Farah?...Rupa2nya farah pengsan...'

'Farahhh!...'

---Di rumah dato' Fadil---

mana semua orang ni... adoii, pelik betul...farah pun takda..


---Keesokkan harinya----

Tukk..tukk.

Farah membuka matanya sebaik saja mendengar ketukkan pintu itu...
pada waktu itu, dia sedang berada di salah satu bilik di hotel itu...

Dia pergi ke pintu bilik itu dan membuka...

'Hi...'

'Eh.. awk, macam mna saya ada kt sini..?'

'Awak lupa ke? Semalam kan kereta saya rosak..'

'Oh..ye tak ye jugak..maafkan saya kelakuan buruk semalam..'

'Takpe.. oh ye.. ni saya ada bawa makanan untuk awak.. ambiklah..'

'Terima kasih, err.. awk bila kita boleh balik?'

'Petang ni mungkin.. '

'Oh...'

'Farah...'

'Ya..?'

'Saya...saya...cintakan awak..' kata irfan dan terus memegang tangan Farah..

Farah hanya diam....

BERSAMBUNGG!!!!



Cinta Maid #3

'Selamat pagi , paa' irfan berkata dengan semangat..

'Morning, semalam pergi mana..? tak masuk office? kamu ingat
office tu kamu boleh dtg bila-2 masa je ke?' 

'Alah , paa...Ir penat lah semalam..lagi pon semalam ir tak pergi mana-2..
kalau tak percaya tanya farah tu..!'

'Betul ke Farah??'

'Ha? Ye..ye betul, dato' . Tuan Irfan tak pergi mana-2 semalam..'
Farah terkejut apabila di tanya oleh dato' fadil ketika itu.. 

dia sedang memikirkan tentang keadaan ibu tirinya itu... walaupun ibu tirinya itu
membencinya.. tpi dia tetap menyayangi beliau seperti ibunya sendiri

'Haa.. betul kan cakap Ir. By the way, Ir minta maaf ye...'

'Okay, I'll Trust next time.. no more !'

Err.. kenapa irfan ni baik semacam je.. pelik aku.. kata dato' fadil didlm hati..

'Okay beloved father...' irfan berkata sambil tersenyum lebar..

Ketika makan pagi itu, Irfan tiba-tiba merenung Farah dari jauh...
Nampaknya dia mula suka dengan Farah.. 

'Farah, saya pergi ke kerja dulu ye..'

Eh.. macam aku bini dia pulak.. nak minta izin bagai. pelik betollahhh!
nak kiamat ke pe ni?!

BERSAMBUNG...
 

Cinta Maid #2

Ketika Irfan duduk disofa ruang tamu...

'Encik.. encik nak apa-2 ke?'

'Buat masa sekarang tak ada apa-2 but, satu perkara.. kau kene panggil aku tuan'

'Baiklah tuan.. Kalau tak ada apa-2 saya minta diri dulu..'

Farah berjalan untuk kembali ke dapur , tapi farah heran kenapa Irfan tidak
pergi ke pejabat.. atau pun memang dia tak bekerja...Tiba-2 farah pergi ke
arah Irfan kembali...

'Hmm, Tuan.. Tuan tak bekerja ke?'

'Kerja je.. asal kau tnya?'

'Oh.. tuan tak pergi ke pejabat ke?'

'Tak..'

'Kenapa?'

'Aku malas! Faham tak? Lagipun ada ayah aku kt sana.. aku pun ad p.a kan? byk tnye
betul..' Irfan menjawab dgn suara yang kasar

'Maafkan saya Tuan.... Saya minta diri dulu..'

Malas? Aku kena buat kerja kt rumah dulu takde pun nak malas-2!


----Di pejabat Dato' Fadil----

'Lila, Irfan mana?' dato' fadil bertanya pada pembantu peribadi Irfan.

'Tadi, dia telefon saya.. dia kata dia tak nak datang kerja. nak rehat katanya, dato''

'Oh terima kasih...'

'Sama-2'

Bertuah punya budak.. sia-2 je aku jaga dia.. pemalas betul , apalah nak jaditu.. 


.......




'Farahhhh...farahhh!'

Farah terdengar jeritan itu, dia teringat semasa dia di rumah ibu tirinya itu...
dia sangat takut dengan ibu tirinya.. kerana ibu tirinya pernah menyakitinya.

'Ya Tuan..' sambil air matanya mengalir dipipi..

'Tolong buatkan aku fresh oranges'

'Ye tuan...' dia teresak-esak berkata.

'Ehh, kau ni kenapa?'

'Tak ada apa-2 tuan... saya minta diri dulu..'

Ketika didapur Farah menangis.. dia rindu akan ayah dan ibu kandungnya...
Sambil itu, dia juga diperhatikan oleh Irfan dari pintu dapur itu..

asal perempuan ni.. aku ada buat salah kat dia ke? 


Irfan kembali ke tempat duduknya..

'Ni tuan fresh orange yang tuan nak..'

'Okay..Hmm.. Farah..'

'Ya tuan..'

'Awak duduk kt situ kejap..'

'Baiklah..'

'Tadi, kt dapur kenapa awk menangis? Saya ada marah awk ke?'

Farah terkejut.. dia pelik bagaimana irfan boleh tahu dia menangis di dapur tadi..

'Err.Taklah... mata saya masuk habuk jea..'

'Awak serious ke?'

'Ya tuan..'

Kemudian.. Farah kembali ke dapur dia pelik, kenapa Irfan terlalu
baik dengannya...

tadi bukan main garang.. pelik betul ye manusia zaman sekarang..'


BERSAMBUNGGG....

Cinta Maid #1

'Faraahhhhhh!!!Farahhhhhhh!!!'

Ibu tiri farah memanggilnya, tanda untuk membuat sesuatu...begitulah rutin harian
farah...farah dipaksa untuk membuat semua kerja dirumah...sedangkann ibu tirinya dan
adik tirinya tidak membuat apa-2.

'Ya, ibu?'

'Asal kau lambat? penat aku tunggu...ehh jap-2 suka hati mak kau jeakan
nak panggil aku ibu? panggil aku puan! aku nak kau urut kaki aku... '

'Tapi, puan...'

'Takde tapi-2 cepat urut!'

Farah pun mengurut kaki ibu tirinya...ibunya sudah meninggal dunia 2 tahun yang
lepas akibat kemalangan jalan raya..kemudian, bapanya berkahwin dengan
ibu tirinya . Ibu tirinya berkahwin dengan bapanya kerana harta bapanya selepas 2 bulan ,
bapanya pula meninggal dunia....sekarang mereka hidup susah kerana ibu tirinya tidak 
pandai menguruskan syarikat akhirnya syarikat itu bankrup begitu sahaja..

'Esok...aku nak kau cari kerja...'

'Tapi....'

'Banyaklah tapi kau... kau fikir hidup kt rumah ni free?'

Farah hanya berdiam..

'Aku yang tanggung makan minum kau tau... '

Farah berdiam dan air mata farah mula mengalir.

'Eh... nangis pulakk! badan je besar... nangis je kerja kau eh? dah
pergi cuci lantai rumahhh!'

'Ya puan..'

--------Di rumah Dato' Fadil---------

'Dia sebabkan kau... pembantu rumah ni nak berhenti...'

'Paaa.... Relaxlah, dia tu yang tak reti nak buat kerja kan? Irfan panggil dia
banyak kali dia tak menyaut pun...!'

Dato' Fadil hanya mengeleng kepala. Ibu Irfan sudah meninggal dunia akibat kemalangan... 
kali ni dah 13 kali mereka bertukar-2 pembantu rumah... Begitulah sikap Irfan, yang suka
memarahi orang tanpa sebab...

Pada keesokkan harinya farah keluar untuk mencari kerja.
Dia ternampak sebuah rumah banglo yang besar..

'mesti dorang nak pekerja ni....'  Farah berkata didalam hati...

Dia pun berjalan pergi ke rumah tersebut..

'Assalamualaikum..' 

Tiba-tiba pintu gate itu terbuka sendiri... 

'Nak apa?' Irfan berkata dengan suara yang kasar

'Encik, ada tak kerja kosong kt rumah ni...?'

'Oh.... cari kerja kosong... kau pandai masak ke?'

'Pandai sikit-sikit...'

'Dah kawin?'

'Belum encik..' 

'Ohokay, memandangkan kita memerlukan orang gaji disini awk boleh berkerja disini..err, tapi
awk perlu menginap disini....'

'Boleh, encik... tapi gaji saya berapa?'

'rm4500'

Farah terdiam...

'Asal diam? Tak cukup ke?'

'Eh.. cukup-2' Farah bercakap dan senyum lebar...

'Encik.. tapi boleh tak saya nak jumpa dengan ibu saya?'

'Pergilah...tapi pasti kan kau balik cepat..'

'Baiklah..'

---Di rumah farah----

'Apa??! kau kene tinggal kt situ?'

'Ye , puan...tapi gaji kt situ lumayan'

'Oh.. yeke? berapa?'

'rm4500'

'Wow...banyak tu..okay aku izinkan kau kerja kt situ..
tpi kau kene bank-in gaji kau kt bank aku.. faham??!'

'Faham puan.. izinkan saya minta diri dulu..'

'Pergilah...'

woow. rm4500 kaya aku kalau macam ni...

BERSAMBUNG....