'Apa mak? Pindah? Rumah?'
'Yalah. Pindah rumah. Ayah kamu dapat tawaran bekerja di syarikat dekat
kuala lumpur tuu.'
'Habis itu, sekolah tilda macam mana?' Najwa Athilda mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
'Kena pindahlah sekolah kat kuala lumpur tu..'
'Aloh mak, tahun ni kan tilda last kat sekolah tu, mesti lah nak 'gather to gather' dengan
dorang...' Kepalanya di tundukkan.
'Itu, mak tak ambil tahu.' kata ibunya, Siti Aishah sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
'Pulak..mak ni, Adik pergi sekali ke mak?'
'Yalah, takkan dia nak tinggal dekat tepi jalan kot? Rumah ni, mak akan sewa
kat orang lain...dapatlah kita rezeki sikit sikit, taklah asyik nak mengharapkan
duit gaji ayah kau tuu...'
'Oh. Kiranya, dia pindah sekolah lah mak? Kesian diakan, kena tinggalkan
Kamal Haidir tu..' Kata Najwa Athilda sambil memeluk bahu ibunya.
'Kesian buat apa. Mak pun manalah suka sangat kat Kamal Haidir tu, muka aje
cantik tapi perangai.....' belum sempat Puan Aishah menghabiskan ayatnya itu Najwa
Athilda menyambung
'MACAM HARIMAU KAN MAK?' Mereka berdua ketawa sakan. Tiba-tiba
ada suara berdehem-dehem. Mereka menoleh kebelakang, ketawa mereka yang berbaki
itu dimatikan.
'Ngumpat adik lah tuuuuuu...' Najwa Ryana yang berusia 15 tahun itu bersuara. Kemudian
maju kearah mereka.
'Ey mak. Macam dia tahu-tahu aje kita mengumpat dia. Mesti tersedak ni?'
Puan Aishah dan Najwa Athilda menyambung ketawa mereka.
'Ishhhhhhhh, makkk, tengok angah niii. Geramnya adik!' Sambil mencubit bahu
kakaknya itu. Mereka mengaduh besar. Sampai pening Puan Aishah melihat.
'Kamu berdua ni , asyik nak bertengkar aje. Dah tu, angah , adik!
Mereka berdua meleraikan pergaduhan. Najwa Athilda membetulkan keadaan rambutnya
yang sudah kusut masai itu.
'Angah adik, cepat minta maaf!'
Mata mereka membulat kearah ibu mereka.
'Minta maaf?' Kata mereka serentak.
'Errr . Dalam mimpilahhhhhhhh!' Kata Najwa Athilda.
'ANGAH DENGAN ADIK ni dah besar-besar perangai macam budak kecik!'
Puan Aishah pergi meninggalkan mereka berdua. Najwa Ryana menjeling
tajam kearah Najwa Athilda. Lalu, dia meninggalkan bilik Najwa Athilda itu.
"Ishhh. Budak kecik tuuuuu, geramnyaa akuuuu" Perlahan-lahan dia menghembuskan nafas.
***
'Korang, nampaknya minggu depan aku akan berpindah ke KL'
'Apaa?' Kawan Najwa Athilda , Nia Amira seperti reaksi terkejut.
'Yalah. Ayah aku dapat tawaran berkerja kat KL'
Mereka semua menghembuskan nafas, Ya.. mereka semua kecewa termasuk
juga dengan Najwa Athilda.
'Wawaaaaa, nanti mesti kita orang rindu kat kau...' Kata kawannya yang bernama Ain
'Wawa, kau jangan pulak lupa kat kita orang..' Sampuk pula kawannya yang bernama
Rachel.
Najwa Athilda, Nur Ain, Nia Amira dan Rachel Yee ialah satu kumpulan yang bernama
NaNuNiRa. Mereka seperti adik beradik , mereka semua ditinggal di satu kampung
Rachel Yee berbangsa Cina tetapi jiwanya tetap 1Malaysia... Wawa. itu lah panggil yang
dipanggil oleh kawan-kawannya disekolah.
Ketika Najwa Athilda dan Nur Ain ingin pergi ke tandas . Kelihatan Najwa Ryana
dan Kamal Haidir berdua-duaan di belakang sekolah . Najwa Athilda pergi kearah mereka tapi,
Nur Ain pantas melarang.
'Ainn, lepaskan lah aku. Budak itu, memang tak kenang budi mak bapak aku!'
Dengan kuasa kewanitaan Najwa Athilda dia menolak Nur Ain. Nur Ain hanya bersabar
dia tahu itulah perangai kawannya. Sikit pun dia tidak terasa.
'Ohhhh. Inilah kerja korang ya? Ponteng kelas!' Najwa Athilda memulas telinga Adiknya itu yang dialas oleh tudung itu dan menariknya kearah Najwa Athilda.
'Angah lepaslahh. Sakit ni....adik janji tak buat lagi..'
Kata-kata adiknya dihiraukan. Kamal Haidir hanya menunduk ke bawah.
'Eh. Kamal kau pergi masuk kelas. Nak aku lapor kat cikgu rozemi?' Cikgu Rozemi ialah
cikgu disiplin disekolah mereka.Pantas Kamal Haidir melarikan diri lalu menuju kelas.
Najwa Athilda ialah seorang pengawas disekolah itu.
'Wawa, lepaskan lah telinga adik kau tu. Dah berbirat aku tengok..'
'Biarkan aje. Biar dia tahu rasa sakit! Selama ni, mak ngan ayah aku hantar dia belajar.
PONTENG JUGA YANG DIA CARI!' Muka Najwa Athilda sudah merah. Nafasnya
juga dihembus kuat.
'Angah, please lepaskan adik...'
Najwa Athilda melepaskan telinga adiknya itu dengan kuat.
'Pergi masuk kelas, Hari ni kau balik jalan kaki. Siap kau kat rumah nanti!'
Lalu, meninggalkan adiknya itu.
***
Najwa Ryana yang sedang menaiki anak tangga rumahnya itu dipanggil oleh ayahnya.
Kelihatan, Iman Haikal abangnya, Najwa Athilda dan juga ayah dan ibunya. Puan Aishah
dan Encik Nazrimm.Lalu dia melangkah kearah mereka.
'Betul ke yang ayah dengar dari angah kamu ni?'
'Dengar apa?' Jawabnya seperti dia tahu apa-apa.
'Sudahlah adik, kan tadi kau ponteng kelas dengan Kamal Haidir tu!'
'Time tu aku PJ lah!'
'Ehhh..ehh, kau nak tipu aku? Eh, budak kecil aku tahulah kau punya jadual.
Time tu kau time sejarah kan?'
'Adik..adik' Iman Haikal , 20 tahun itu hanya mengelengkan kepala.
Najwa Ryana di marah teruk oleh ayahnya. Najwa Athilda dan Najwa Ryana
tidak bertegur siapa malam itu. Najwa Athilda buat begitu kerana tidak mahu
Najwa Ryana gagal didalam kehidupan.
***
'Iman kau dah kemas barang?' Soal Najwa Athilda kepada abangnya itu.
'Dahlah sikit-sikit. abg macam sedih pulak nak tinggalkan rumah ni..'
'Ehh. Emo pulak kau...' sambil mencuit lengan abangnya itu.
Mereka berdua ketawa. Kemudian, ayahnya datang kearah mereka.
'Aik, gelak sakan nampak. Tak ajak ayah..'
'Cikgu Nazrimm ni suka ke gelak-gelak? Ops. Taklama lagi jawatan cikgu
nazrim ayah akan dilabelkan sebagai ex cikgu kan? HAHAHA'
Mereka semua ketawa. Encik Nazrimm tidak tahu apa yang lawak.
Encik Nazrimm ialah seorang guru di sekolah rendah dikampung
itu.
'Ayah rasa macam sedih pula nak tinggalkan rumah ni. Ini ajelah peninggalan nenek
untuk ayah. hmm..' Encik Nazrimm mengeluh.
'Ayah dengan Along ni sama ajekan? Emo je.....'
'Like Father like Son kan ayah?' Kata Iman Haikal
'Betul tu.. betul..' jawab ayahnya. Mereka tersenyum
**
'Rachel..Ain...Nia...halalkan makan minum aku yang selama ni korang belanja k?
Jangan lupa SMs-sms and calling-calling!'
'Yalah...' mereka bertiga jawab serentak.
'Angah jom...ayah dah tunggu tu.. Rachel Ain Nia, aunty pergi dulunya' mereka bertiga
bersalaman dengan Pn. Aishah.
'Bye Wawaaaa!!' Mereka bertiga melambaikan tangan kearah kereta honda lama
ayah Najwa Athilda itu. Najwa Athilda melambaikan tangan kembali kearah mereka.
Baju kurung yang dipakai oleh Najwa Athilda itu dibasahi oleh Air Matanya. Tudung
nya dibetulkan.
***
'Ewah yah.. cantiknya rumah ni... ' Kata Najwa Athilda.
'Syarikat ayah kasi duduk sini. Sementara ayah dapat beli rumah kat KL ni..
Angah , adik nanti kamu berdua belajar kat sekolah yang tadi kita lalu tu tau..
dekat je.. nanti esok ayah belikan adik dengan angah basikal okey?'
'Yayyy, Basikal baruuuu..' Jerit Najwa Ryana
'Bising aje kau..' kata Najwa Athilda
'Dalam rumah ni.. ada 6 bilik tau... korang pilihlah bilik tapi bilik yang ada tandas tu
bilik mak dengan ayah..'
'Okay okay.' Iman Haikal, Najwa Athilda dan juga Najwa Ryana naik menuju ke arah
tangga.
***
'Tu dia kelas 5 Cekal!' Gembira hati Najwa Athilda apabila jumpa dengan
kelas baru nya itu.
Dia menuju kekelas itu. Gementar juga hatinya.
Kemudian , dia melangkah masuk kedalam kelas itu...
Tiba-tiba ada seorang gadis menegurnya.
'Hai!' Terkejut Najwa Athilda dibuatnya apabila gadis berbangsa cina itu menegurnya.
'Hai...'
'Budak baru ya?'
'Ya..saya..'
'Jom duduk sebelah saya..'
Tangannya ditarik oleh gadis cina itu.
'Nama saya Yi!'
"Terencat akal apa kebudak Yi ni?"
'Oh. Nama saya Najwa. Boleh panggil saya Wawa.'
'Ehh. Jom lah duduk. Cikgu Erman dah sampai tu..'
'Okay. Looks like we have a new student... okay you! can you introduce
yourself to our class?' Kata Cikgu Erman sambil menunjuk kearah Najwa
Athilda.
'Errr.. Nama..' belum sempat Najwa Athilda menghabiskan ayatnya
Cikgu Erman mencelah.
'English please....'
'Err. My name is Najwa Athilda binti Mohd Nazrimm, You all,can call me Wawa or Thilda..'
Muka Najwa Athilda mula merah . Malu dia dibuatnya apabila satu class melihat wajah nya.
'Okay Najwa Athilda, you can sit down.! Class,lets continue what we learn last week...'
"Cikgu ni cover macho ohhh..!" bisik hati kecil Najwa Athilda.
***
Kringgg...kringg
Bunyi loceng sekolah itu, menandakan waktu untuk rehat.
'Wawa, kita rehat sama-sama ya?' Kata Yi sambil memegang erat tangan Najwa Athilda.
'Ha? aH, Boleh boleh.' sambil mengangguk.
Ketika Najwa Athilda dan Yi berjalan, tiba-tiba seseorang berdiri dihadapannya.
'Eh. Hariz, kau ni boleh tak ketepi...' Kata Yi.
'Hai, awak...' Hariz Zaqwan menghiraukan kata-kata Yi dan memandang kearah Najwa
Athilda.
'Hai..'
'Awak pelajar baru ya?'
'Ya..'
'Nama sapa?'
'Najwa...'
'Oh..cantik nama..macam tuan dia juga...' kata Hariz Zaqwan.
'Baby... you buat apa dengan dorang berdua ni?' Tiba-tiba ada seorang perempuan
langkah menuju kearah Hariz Zaqwan.
'Eh. I tak buat apa-apalah. Jom kita pergi rehat..'
'Betul ke baby? Jom baby, I pun dah lapar ni..' katanya sambil memegang lengan Hariz Zaqwan.
Kemudian, hariz zaqwan mengangguk.
Kening Athilda sudah terangkat. Geli hati Najwa Athilda melihat perempuan itu.
"Pelik betullah sekolah ni...ada yang terencat. ada yang tergedik-gedik..
cikgu-cikgu dia pun macam tak betul ." tersenyum Najwa Athilda dibuatnya.
BERSAMBUNG
Hope you all like it. my second time write a novel :) Its my idea.
Komen lah ya?