Monday, July 25, 2011

Novel:Ku Yakin Ada Cinta #2

'Yi, saya nak jumpa adik saya kejap ya..'

'Oh . Awak ada adik?'

'Yes...saya pergi dulu..'

Ketika, Najwa Athilda melangkah untuk mencari adiknya itu, lalu dia terlihat segerombolan
murid lelaki yang sedang membuli seorang murid perempuan.

'Angah..!'

'ADIK?' Rupa-rupanya adiknya yang dibuli.Dia langkah menuju kesitu.

'WOI!' Jerit Najwa Athilda.

'HAI, CIK AKAK NAK APA YA?'

'TEPI LAHHH. AKU NAK JUMPA ADIK AKU!'

'EH. CIK AKAK JANGANLAH MARAH-MARAH..' Kemudian lelaki itu
memegang bahunya tapi pantas ditepis. Lelaki itu ditampar olehnya.
Keningnya diangkat. Matanya membulat kearah segerombolan lelaki itu.

'BERANI KAU YAA!!!!!' Lelaki berkata, lelaki itu seperti mahu menerkam Najwa Athilda.

'Tunggu. ' Suara seorang lelaki dari belakang. Najwa Athilda menoleh, kelihatan seperti
lelaki yang bernama Hariz.

'Lawan lelaki dgn....' belum sempat Hariz Zaqwan menghabiskan ayatnya, segerombolan
pelajar itu sudah berlari pergi. Peliknya, si hariz ni ada pakai ilmu hitam ke? Ya Allah, Najwa-najwa
apa lah kau ni? Fikir benda tak elok aje. Tak baik tau fikir macam tu...bisik hati kecilnya

'Najwa? Najwa?...'

Panggilan Hariz Zaqwan mematikan renungan Najwa Athilda.

'Ha? Oh sorry. By the way, Thanks cause kalau tak ada awak mesti saya dah
kena teruk..'

'No problem, Najwa. Ini adik awak ya?'

'Yea. Kenalkan Najwa Ryana...'

'Ryana...' Ryana yang masih dalam ketakutan itu memperkenalkan dirinya.

'Hariz Zaqwan..'

'Hariz, saya kena pergi dululah, saya nak bincang dengan adik saya...'

'Wait, Najwa! Taknak lapor kat cikgu disiplin?'

'Hm. Saya akan fikir-fikirkan..bye hariz.' Kata Najwa Athilda sambil melangkah dan
menarik tangan adiknya lalu pergi ke tandas.

Sebaik saja sampai ke tandas, Najwa Ryana terus menangis.

'Adik. Janganlah nangis. Angah kan ada. Nanti kita lapor kat Puan Jihan okey?'
Lalu, mengelap air mata Najwa Ryana yang turun ke pipi.

'Takut.....' sepatah yang dijawab, sambil teresak-esak.

'Dah..dah, jangan takut angah ada...' kemudian, memeluk adiknya dengan erat.

***
'Lamanya Najwa. Saya tunggu awak. Macam lunggul dah saya..'

'Lunggul? Tunggul lah Yi....'

'Yaka? Saya mana tahu, saya chinese maa...saya tahu basic b.m only,
kalau ada exam sahaja saya belajar. Itu pun saya ambil tuition..'

'Ada-ada ajelah awak ni Yi...' sambil meraup wajahnya.

'Eh, awak mahu tahu ka? Hariz yang berdiri depan awak dengan saya tadi tu,
pelajar terkenal kat sekolah ini. Pelajar petang pun kenal dia lohhh..'

'Tapi....dia dah selamatkan saya dengan adik saya tadi..'

'Apa Najwa? Selamatkan? Ayoo...saya tak paham maa...'

'Tadi........'

'Hai Najwa Athilda...' Ada suara seorang perempuan dari belakang memanggil Najwa
Athilda lalu, Najwa Athilda menoleh.

'Hai...' dan memberikan senyuman.

'Kat sekolah dan kat kelas ni. Kau tak boleh buat apa yang kau suka. Aku penolong,
dan Aiman yang kat hujung tu Ketua kelas. Jadi, berperangailah dengan elok ya. Sekali
kau kurang ajar dengan aku. Sepuluh kali aku bagi tahu cikgu...by the way, aku Qistina Ambera..'

Eh ni bukan perempuan yang tergedik-gedik dengan Hariz Zaqwan tu ke? Err. Menyampahlah.
Ni yang aku nak mengadu kat Ain ni!!....dia hanya mengeluh.

'Oh. Baiklah...' katanya yang masih terkebil-kebil

'Jom Zarith...' Terkial-kial Zarith Sofea mendapatkan Qistina Ambera.
Mesti Zarith ni kuli dia.....kesian kau zarith...bisik hati Najwa Athilda.




No comments:

Post a Comment