'Esok, Angah boleh pergi sekolah ke ni?' kata Puan Aishah kepada Najwa Athilda yang
sedang berbaring di atas katil.
'Boleh lah mak..esok pulih lah tu...'
'Kamu serius?'
'Mak..kaki orang luka sikit aje....'
'Sikit? Kamu ni rabun ke? Eh.. siapa yang langgar kamu tu eh?'
'Cikgu Erman..cikgu kat sekolah baru angah tu...tak sangka pulak boleh jumpa dia..'
'Nak kena sound cikgu ini!' Puan Aishah, melipat lengan bajunya seperti orang mahu
bergaduh.
'Ehh , mak...tak payahlah..dia tak sengaja..' sambil memegang tangan ibunya.
'Kaki kamu ni macam mana?'
'Nanti esok dia baiklah tu...mak jangan risau...'
'Yalah, nak. Mak keluar dulu..'
Puan Aishah memberikan satu ciuman di dahi Najwa Athilda. Najwa Athilda tersenyum.
dan melelapkan matanya.
***
'Kenapa kaki awak Najwa?' Tanya Yi seperti kerisauan.
'Err. terlanggar orang..emm, Yi hari ini ada bahasa inggeris kan?'
'Oh ya. Ada, masa pertama. Sekaranglah.'
Najwa Athilda tersenyum. Alahh, malasnya nak tengok muka cikgu tu..
tergugat iman aku seyy. eh, sakit-sakit pun boleh fikir macam tu ke? haha.
'Assalamualaikum class...' Cikgu Erman Hafizi, Ya.. itu nama di name tag nya..
Sebaik sahaja membaca doa dan dibenarkan duduk, Cikgu Erman Hafizi
memandang Najwa Athilda. Mungkin dia rasa bersalah dengan aku..kut.
Sebaik sahaja, kelas bahasa inggeris itu tamat, Najwa Athilda diminta untuk
tunggu sebentar kerana Erman Hafizi ingin berjumpa dengannya.
'Najwa, saya tunggu di kantin ya..'
'Okayokay..'
Yi keluar dari kelas itu, menuju ke arah kantin, Cikgu Erman pergi ke arah
Najwa Athilda yang mengemas buku-bukunya itu.
'Kaki awak sakit lagi?' soal cikgu erman yang melihat keadaan kaki Najwa Athilda.
'Err. Taklah cikgu, esok baiklah tu.'
'Maafkan cikgu ya.. kerana langgar awak.'
Ahh sudah. Ni part cair-cair watercolour ni!
'Err. cikgu tak usahlah nak minta maaf salah saya juga, kerana
tak tengok kiri kanan, cikgu janganlah nak salahkan diri sendiri aje.'
'Baiklah Najwa. Untuk menebus kesalahan saya..petang ini saya
jemput awak kat rumah, kita pergi makan okey. No more reason!
Selagi saya tak menebus kesalahan saya selagi tu saya akan berjumpa
dengan awak!'
Najwa Athilda mengerutkan dahi. Kemudian mengangguk.
BERSAMBUNG

No comments:
Post a Comment